Baitulummah Society

Archive for November, 2009

Kesan Zikir Pada Otak Kita

oleh rozainy pada Nov.19, 2009, di General

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah dengan bersungguh-sungguh dan kyushuk maka beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Bukan sahaja zikir, perkataan atau ayat yang sama jika diulang-ulang seperti dalam kaedah ’self hypnosis’ akan menyebabkan pertambahan aktiviti sel2 neuron otak lalu diikuti tindakbalas2 spt yg dinyatakan. Kaedah ’self hypnosis’ banyak dipakai oleh orang2 Barat utk mengurangkan masalah psikologi, menahan diri dari terlebih makan ( berdiet ) dan berbagai-bagai lagi.. Kesan zikir yang tidak kelihatan yang lebih utama kemungkinan besar adalah kepada ROHANIAH manusia.

“Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang” (Ar Raad : 28)
“Orang Mukmin itu bila disebut nama Allah, gementar hati mereka” (Al-Anfaal : 2)
Sekian, wasalam

Komen :, lagi...

Sebab Hati Mati…….

oleh rozainy pada Nov.19, 2009, di General

Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya,

“Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, ‘Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu…’2:186.”

Lantas Ibrahim menjawab, “Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?” “Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?” Tanya penduduk Bashrah….

Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.

Komen : lagi...

Tanda Taubat Diterima

oleh rozainy pada Nov.13, 2009, di General

Assalammualaikum,

Saya ditanya tentang macammana ingin diketahui apabila taubat diterima….

Jawapannya mudah…Allah itu Maha Pengampun, bukankah rasa ingin bertaubat itu sudah menunjukkan bahawa gerak itu datangnya dari Allah yang memberikan petunjuk dan hidayahNya…tapi kita hendaklah melaksanakan kewajipan tubuh dengan melaksanakan taubat yang khusus dan bersungguh kearah itu agar mendapat pengampunan yang tulus dan padat.

Itu adalah tanda yang awal bahawa taubat kita akan diangkat, kedua apabila merasai nikmat diatas taubat yang dilakukan dan mendapat ketenangan diatas taubat tersebut. Maka itulah nikmat dan tanda taubat kita telah diterima kerana ketenangan yang diperolehi hanya Allah yang mampu berikan.

Bertaubat hendaklah ikhlas dan janganlah kerana hanya merasa bersalah semata-mata kerana perasaan salah boleh hilang ditelan masa…tapi keikhlasan akan kekal sentiasa dimana jua…sedarlah dengan keinsafan maka berkekalan jadinya.

Didalam Islam keyakinan itu perkara yang mesti. Kena yakin dan beriman dengan apa yang telah di amanahkan kepadamu. Apakah rukun iman dan rukun islam itu hanyalah hiasan dikulit buku sekolah sahaja? Ataupun menjadi perhiasan didinding?.

Fahamilah rukun iman dan islam itu untuk menjadi yang terbaik. Apakah sifat-sifat Allah itu sekadar untuk dihafalkan saja? Apakah hatimu sudah menjadi sekeras batu untuk menyelaminya? Kita kadang-kadang begitu seronok dalam menegur dan membimbing insan yang lain tetapi apabila kita ditegur atau ingin dibimbing adakah kita dapat menerima? Kekadang kita begitu petah di dalam perkataan kita sehingga segala petua ataupun petikan ayat /dalil kita sertakan ( bagus sebenarnya) tetapi adakah kita sendiri memahaminya? Adakah kita sendiri mengikutinya? Iktikad, perbuatan dan percakapan mestilah seiring barulah bahagia menjelang tiba.

Apabila dugaan Allah mengunjung tiba, barulah kita sedar apa yang kita kata PASTI kan diujiNya. Janganlah bila sampai masanya begitu, kalau dulu asyik menasihati orang lain maka diri sendiri tidak dapat dinasihati. Janganlah hanya pandai berkata-kata tapi tidak pantas melakukannya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, hanya pengalaman hidup dan ketulusan hati yang ikhlas kepada Allah yang mampu merungkai teka-teki ini. Saya katakan bahawa dengan keyakinan yang teguh, saya yakin akan janji Allah, sudah Allah katakan di dalam Al-Quran bahawasanya Allah PASTI mengampunkan hamba-hambaNya yang mengharapkan pengampunan yang sebenarnya kecuali mereka yang mana telah nyatanya mensyirikkan Allah.

Tidakkah TIMBULNYA RASA KEINSAFAN DAN KESEDARAN ITU MERUPAKAN TANDANYA TAUBAT KITA TELAH MULAI DITERIMA DIMANA KITA MULAI MERASA JIJIK DIATAS PERBUATAN YANG SEBELUM INI MENJADI KEBANGGAAN KITA. FIKIRLAH DENGAN HATI BUKAN DENGAN AKALMU KERANA AKAL ITU TIDAK AKAN MAMPU UNTUK MEMIKIRKAN KEBESARAN ALLAH APATAH LAGI UNTUK MENGKAJINYA. HAYATILAH KEBESARAN ALLAH TERSEBUT.

Hanya dengan niat untuk bertaubat, sudah Allah angkatkan kelangit niat tersebut, seluruh isi 7 petala langit dan 7 petala bumi menjadi saksi dan berdoa agar anda diberi rahmat dan hidayah oleh Allah yang mana selebihnya itu terpulang kepada kita untuk mengejarnya. Maha Cantik ALLAH ini. Kalau ingin melakukan dosa, belum dikira dosa itu walaupun baru berniat untuk melakukannya tetapi apabila berlakunya dosa itu, maka barulah diangkat kelangit untuk diadili kemudian hari. Bukankah Maha pengasih dan Penyayang Allah itu, hanya berniat untuk bertaubat sudah diangkat niat itu tetapi jika ingin melakukan sebalik masih diharapkan hamba itu sedar akan kesilapan. Jadi jawaplah sendiri adakah kita masih tidak mendapat keampunanNya.

Sekian

Wasalam

Komen :, lagi...

Mencari sesuatu?

Sila cari di bawah: