Baitulummah Society

Archive for October, 2009

BAITULUMMAH KEMBARA AIDILFITRI 1430H

oleh aRiL pada Oct.21, 2009, di Activities, Community

Salam Semua
Syukor Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan pada hujung minggu lepas (17 Oct dan 18 Oct 2009) dimana ikhwan-ikhwan Baitulummah serta keluarga masing-masing melaksanakan satu program ‘Kembara Aidil Fitri’… matlamat utamanya ialah merapatkan lagi jalinan siratturahim di kalangan ikhwan-ikhwan dan keluarga.. maka perjalanan yang memakan masa lebih 14 jam pada hari sabtu yang meliputi 7 rumah dan 6 jam pada hari ahad benar-benar mengimbau serta menghidupkan suasana ‘kampung’ dalam ukhwah Baitulummah.

Acara ini julung-julung kali diadakan bersama ikhwan-ikhwan Baitulummah. Program ini terbukti berjaya mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ikhwan dan keluarga semua. Walaupun agak penat dan kekenyangan, kegembiraan dan kemesraan tergambar diwajah  semua.

Ketika mengalami sedikit cabaran dalam mengekori dan mencari rumah ikhwan (maklumlah ada rumah ikhwan yang kali pertama diziarahi). Banyak juga yang dapat dikongsi dan dilaksanakan ilmu yang telah dipelajari dan difahami bersama keluarga. Dalam masa yang sama, ada ikhwan yang terharu gembira melihat kesudian ikhwan yang hadir tidak kira besar atau kecil, jauh atau dekat rumah ikhwan tersebut.

Sekelian keluarga juga dapat memanfaatkan peluang berkenalan lebih lanjut antara satu sama lain dan berdiskusi tentang ilmu dan kefahaman. Terima kasih diucapkan kepada para ikhwan yang terlibat dengan layanan teristimewa yang sentiasa akan diingat. Diharapkan acara sebegini dapat diteruskan di lain masa. Semoga Allah memberkati usaha ikhwan sekelian dan ikatan yang terjalin berkekalan hendakNya.

Sila tatap video dibawah untuk lebih lanjut:

Komen :, , lagi...

Niat Berguru / Menuntut Ilmu

oleh sifumirza pada Oct.14, 2009, di General

salam semua…

tulisan ini adalah sambungan kepada Tajuk ‘Berguru : Apa Tujuannya?’

Niat Berguru.

ramai di kalangan kita apabila berguru atau menuntut ilmu sudah pasti akan memasang niat yang pelbagai.

niat yang pelbagai inilah sebenarnya yang akan merosakkan perjalanan atau proses berguru atau menuntut ilmu itu tadi.

contoh;

1. niat untuk lepas dari hutang yang banyak,
2. niat untuk dipuji-puja oleh masyarakat dengan ilmu yang ada,
3. niat untuk menjadi handal dan digeruni
4. niat untuk dihormati dan dikagumi oleh masyarakat

Niat punca terpesong.

pendek kata, semua niat-niat yang diletakkan kepada diri adalah faktor-faktor yang akan mengecewakan diri murid atau penuntut dalam perguruan.

sebab itulah kita merasa hairan akan bagaimana atau macammana seseorang yang terpelajar, seorang yang professional, seorang yang tinggi ilmu boleh hilang punca serta terikut dengan satu-satu ajaran yang menyimpang dari agama.

kita pernah terbaca bahawa ajaran-ajaran yang terpesong ini tidak sahaja wujud di kalangan orang islam, ianya turut wujud di kalangan agama-agama yang lain juga sehingga kita mendengar ada berlakunya kejadian membunuh diri beramai-ramai di atas kepercayaan yang dianuti.

bolehlah kita katakan bahawa ijazah atau sijil yang diperolehi oleh seseorang itu belum lagi boleh menjamin beliau selamat di atas dunia ini dari terpesong dari agama yang dianuti.

maka asas kepada terpesongnya seseorang itu dalam perguruan atau proses menuntut ilmu itu ialah niat awal atau niat asal.

kita sedia maklum, di pelusok manapun di dunia ini jika kita dengar ada ‘manusia hebat’ yang boleh menjanjikan berbagai-bagai benda lebih-lebih lagi ianya boleh menyelesaikan masalah kita, maka kita akan jadi tertarik.

kita sanggup menghabiskan wang ribuan ringgit untuk bertemu dengan ‘manusia hebat’ itu dengan niat atau hajat akan selesailah masalah kita. malah kita sanggup pula berguru atau belajar satu dua ilmu dari manusia tersebut dengan harapan manalah tahu kita akan diangkat menjadi murid yang terbaik atau kesayangan guru tersebut.

sebab itulah kita hairan mengapa Ayah Pin dan Kahar Rasul Melayu mempunyai pengikut.

Terpedaya.

tidak perlulah kita hairankan kerana semua pengikut-pengikut mereka mempunyai niat untuk jadi istimewa, semua pengikut mereka mempunyai niat untuk keluar dari masalah diri samada hutang, kurang keyakinan diri, masalah tempat kerja, masalah malas bekerja dsbnya…di mana niat-niat tersebut semuanya diletakkan pada diri dan bukannya kerana Allah.

bukankah meletakkan niat pada diri adalah sifat pentingkan diri sendiri dan ianya bertentangan dengan ikrar kita setiap kali solat dan setiap pergerakan niat iaitu hanya kerana Allah?

maka Ayah Pin dan Kahar Rasul Melayu ini pula apabila melihat ada beberapa kerat manusia yang terpesong niat ini iaitu mereka yang ‘pentingkan diri serta hidup berpaksikan materialistik sebagai satu cara untuk memperlihatkan kepada masyarakat bahawa mereka hebat’ terus mengambil kesempatan ke atas mereka.

Ayah Pin & Kahar Rasul Melayu tidak perlu bekerja keras, mereka hanya perlu ‘melayan’ niat anak-anak murid mereka ini dengan meng’ia’kan dan menambah ‘perisa’ agar murid akan berasa hebat dan disanjungi.

Pedoman.

jika kita teramat daif atau jahil sebagai hamba Allah yang beragama Islam sekalipun kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa “Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah dan Muhammad Itu Rasulullah”. Ini adalah perkara paling asas dan ianya ialah elemen yang membezakan di antara orang Islam dan orang kafir.

Ayah Pin mengaku tuhan maka sudah tentu seorang yang berniat ikhlas hanya kerana Allah tidak mampu dipesongkan kecuali seseorang itu mempunyai niat tersendiri seperti untuk masuk syurga, jadi sahabat tuhan dsbnya.

Kahar Rasul Melayu mengaku menjadi rasul sesudah Rasulullah, maka ummat Muhammad yang mana satu boleh menerima pengakuan ini melainkan seseorang itu mempunyai agenda diri yang tersendiri serta mahu dirinya menjadi istimewa kerana bersahabat dengan rasul.

Allah terus-terusan memberi taufiq serta hidayah kepada setiap hamba-hambanya yang terpilih. Dan Allah juga akan memesongkan hati dan jiwa hamba-hambanya mengikut berapa darjah pesongan yang hamba-hambanya minta.

Cermin Diri.

Manusia yang menuntut ilmu atau berguru sudah pasti salah satu matlamat dan objektifnya ialah untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Dengan memahami niat menuntut ilmu itu hanyalah kerana Allah Taala, maka seseorang itu mula peka kepada perubahan diri masing-masing.

Baik ilmu yang dituntut sudah pasti akan memberikan perubahan yang maksima kepada diri, manakala buruk atau terpesong ilmu yang dituntut akan membuatkan diri seseorang itu semakin teruk dari sebelumnya.

Siapakah yang mampu untuk memberi ‘feedback’ atau maklumbalas ke atas perubahan diri kita? Pertamanya adalah diri kita sendiri, kemudian yang terhampir dengan kita seperti suami, isteri, rakan serta sahabat. Mereka-mereka akan memberi pandangan samada secara khusus atau umum akan perubahan positif ke atas diri kita. Jika perubahannya negatif maka seeloknya kita kembali melakukan muhasabah diri.

bersambung..insya Allah

Komen lagi...

Berguru : Apa Tujuannya?

oleh sifumirza pada Oct.12, 2009, di General

berguru

salam semua…

apa khabar anda hari ini? mudah-mudahan perjalanan hidup serta ibadah anda semakin baik dari detik ke detik yang berlalu kerana itu adalah satu ciri dari banyak ciri-ciri mereka-mereka yang beriman sepertimana pesanan Rasulullah kepada ummatnya ” orang yang beriman itu tidak akan membiarkan tangannya dipatuk oleh ular yang sama dilubang yang sama..”

juga kita sering mendengar serta menggunakan perumpamaan ini ” orang beriman itu akan memastikan hari ini lebih baik dari semalam dan esoknya, insya Allah akan lebih baik dari hari ini..”

saya ingin berkongsi tentang cerita berguru.

rata-rata semua dari kita yakni manusia wajib melalui proses perguruan samada secara formal ataupun tidak formal. Proses perguruan ini adalah melibatkan ilmu secara teori dan amali, pemberi ilmu (guru) dan penerima ilmu (murid) dan ikatan serta pengijazahan (aqad dan tauliahan).

jika kita mahu mengambil contoh mudah; masuk sekolah, daftar (aqad) belajar mata pelajaran (ilmu) dengan cikgu dan kita sebagai murid dan tamat sekolah (tauliah).

jika kita halusi perjalanan pencarian ilmu ini, ianya wajib melibatkan guru, murid, ilmu yang mahu dipelajari, aqad (persetujuan) dan pentauliahan (ijazah/diploma/sijil dsbnya).

jika perjalanan mencari ilmu kita tadi tidak mempunyai salah satu dari perkara di atas, maka dikhuatiri kita akan menempah kekusutan serta lebih malang akan menempah salah satu dari beberapa jurang neraka.

bercerita atau membincangkan tentang berguru atau menuntut ilmu ini adalah merupakan satu topik yang agak luas. Ianya boleh bermula dengan hadis atau saranan Rasulullah agar setiap orang Islam pergi menuntut ilmu sehingga Baginda memberi contoh betapa pentingnya berguru atau menuntut ilmu itu hatta ke negeri Cina dan tempoh pencarian itu adalah dari buaian sehingga ke liang lahad apatah lagi ianya disyaratkan sebagai fardhu ke atas setiap orang Islam.

mari kita fokus kepada cabang tajuk dalam berguru atau mencari ilmu.

Tujuan.

soalan pertama; apa tujuan kita menuntut ilmu atau berguru? soalan ini memang jarang ditanyakan kepada kita semasa sekolah rendah dulu namun ibubapa sepatutnya memberi tips-tips tentang tujuan seseorang nak itu pergi menuntut ilmu di sekolah.. antara tujuannya ialah untuk menjadi seorang yang berilmu serta berpengetahuan. (lihat tujuan yang ’syncronize’ dengan saranan Rasulullah tentang kepentingan ilmu & menuntutnya).

soalan yang sama juga patut kita tanyakan kepada diri kita yang telah dewasa ini; apa tujuan aku menuntut ilmu? pasti jawapannya lebih mantap seperti, untuk lebih memahami tentang diri, untuk lebih berpengetahuan tentang perjalanan hidup, untuk lebih memahami akan objektif dan matlamat hidup, untuk memperkemaskan ilmu-ilmu yang telahpun ada di dada, untuk mempertajamkan perjalanan dakwah dan banyak lagi.

Alhamdulillah jika tujuan-tujuan serta hasrat menuntut ilmu itu adalah berdasarkan hakikat kepentingan ilmu itu serta sejajar dengan seruan Rasulullah.

Niat.

Atas dasar bahawa Islam itu menekankan kepentingan akan niat, lafaz serta perbuatan setiap ummatnya, maka niat itu adalah satu perkara yang tidak boleh dilihat dan ianya terbit dari hati setiap manusia dan ianya hanya akan diketahui setelah terlaksananya sesuatu perkara itu (yang diniatkan). Perkara niat ini adalah perkara halus (ghaib) namun ianya sangat penting bagi setiap ummat Islam yang mengaku sebagai hamba Allah.

Mengapa niat penting? kerana ianya adalah titik permulaan kepada sesuatu perkara atau pekerjaan. Maksudnya, sempurnanya sesuatu pekerjaan atau perkara itu sangat bergantung kepada niat seseorang.
Samalah seperti menuntut ilmu, sekiranya baik dan mulusnya niat seseorang itu dalam ibadah menuntut ilmu, maka baiklah pengakhiran pengajiannya.

Jika buruk niat seseorang itu dalam melakukan pekerjaan atau menuntut ilmu maka hasil kerja dan ilmu yang diperolehi itu tidaklah sempurna malah ianya boleh menimbulkan fitnah.

bersambung..insya Allah.

Komen lagi...

Islam Gemilang : Bermula dari mana?

oleh sifumirza pada Oct.05, 2009, di General

salam semua…

bendera_daulah_islam

seribu empat ratus tahun lampau..Rasulullah telah meletakkan satu batu asas kepada peradaban yang terhebat di dunia ini.

peradaban yang merubah lanskap dunia secara ’significant’ yang merangkumi cara kehidupan manusia keseluruhannya. peradaban ini yang menolak pakai sistem penindasan, sistem penghamba abdian, sistem autokratik, sistem komunis, sistem kapitalis serta perlbagai sistem kehidupan yang rata-rata berat sebelah serta berbentuk materialistik.

sistem kehidupan yang kita kenali sebagai sistem ‘Islam’ ini dibuktikan hebat dengan pencapaian jajahan takluk yang menjangkau sehingga ke tahap 2 per 3 dunia… atau 75% dunia mengamalkan atau mendukung sistem ini.

saat itu Islam boleh dikatakan mengalami titik kegemilangannya yang tersendiri… dari pemerintahan Khulafa Rasyidin sehinggalah ke pemerintahan Turki Uthmaniyah.

saat jatuhnya pemerintahan serta zaman kegemilangan Islam ini semasa Sultan Selim III dan dunia menyaksikan Mustapa Kamel Attartuk menutup pejabat Khalifah dan menukar sistem pemerintahan kepada Republik.

saat itu… kita boleh lupakan sahaja tentang kegemilangan Islam.
semuanya dicorat-carikkan oleh puak-puak kafir serta musuh-musuh dalam selimut Islam yang terdiri dari orang islam sendiri.

kini..sesekali ‘angin diri’ yang menitipkan rasa keinsafan dalam diri membawa ‘bahang’ kerinduan akan bilalah agaknya Islam akan bangkit kembali.

dari kedai kopi chow kit road hinggalah ke universiti al-azhar di mesir, orang-orang Islam ditiupkan oleh Allah akan rasa rindu itu.

namun rata-ratanya tidak tahu mahu bermula dari mana..
kita semua arif akan sistem ekonomi dunia yang dikuasai oleh puak-puak yahudi serta jaringan negara-negara kafir yang bersekutu, juga sistem ketenteraan yang sangat ampuh dimiliki oleh negara-negara besar kafir.

di mana agaknya Islam akan muncul?
bagaimana caranya Islam itu akan muncul?

kebanyakkan umat Islam percaya bahawa Islam itu akan muncul gemilang kembali tetapi bila?

kebanyakkan umat Islam percaya bahawa Islam itu akan kembali gemilang dengan hadirnya atau munculnya Imam Mahadi tetapi bila dan macamana?

kebanyakkan umat Islam tahu bahawa Imam Mahadi akan memimpin tenteranya yang terdiri dari pemuda-pemuda Bani Tamim yang hanya berjumlah 80 orang sahaja untuk berhadapan dengan berbillion-billion umat manusia di seluruh dunia dan menakluk dunia dalam masa beberapa hari sahaja.

apa yang kita tahu lagi?
apa persiapan kita? dari segi diri, ilmu dan ekonomi?

masihkah kita sibuk dengan ‘nafsi-nafsi’ atau dunia-dunia dan aku-aku?

soalan ini sangat mudah untuk kita jawab.
mudah bagi yang memahami… dan mudah juga bagi mereka-mereka yang hanya berfikiran logik sahaja (berfikir tanpa ruh pemikiran/akal).

namun perlullah kita ingat akan janji Allah yang pasti.

cuma di mana kita ketika saat Imam Mahadi muncul?
adakah kita termasuk kedalam golongan umat Islam yang bangkit atau kita terus tidur berselimutkan gebar hadiah dari Dajjal?

sama-sama kita fikirkan..

wasalam

Komen : lagi...

Mencari sesuatu?

Sila cari di bawah: