Archive for September, 2009
Buka Puasa & Mandi Sempena Menyambut Syawal
oleh Kamal Arif Maz pada Sep.16, 2009, di Activities, Community
15 September 2009 bersamaan 25 Ramadhan 1430 yang lalu menyaksikan majlis berbuka puasa terakhir Baitulummah di pejabat Puchong.
Majlis berbuka puasa dihadiri ikhwan dan jemputan. Selesai berbuka dan solat, ikhwan dapat mandi bunga yang telah disediakan awal-awal lagi. Mandi ini adalah bersempena menyambut Syawal yang sangat hampir. Masya’allah, nikmatnya air itu kena pada badan. Selesai mandi, ramai-ramai mengerjakan solat terawih dan akhir sekali, tazkirah Ramadhan.
Terima kasih bagi yang menguruskan majlis ini. Terima kasih yang menyumbangkan makanan, masa dan tenaga.
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan.

Persiapan Bunga. Tujuh jenis bunga, tujuh biji limau nipis, tujuh biji limau purut dan air masjid.

Persiapan Bunga. Menggunakan bunga-bungaan yang serba wangi dan segar.

Bunga dah siap. Makanan dah terhidang. Tengok siapa yang tidak sabar menunggu?

Akhirnya masa berbuka telah tiba. Tengok-tengok la sahabat sebelah tu...

Makan ketam masak pedas, sitting style Jepun sikit. Masya'allah! Siapa yang duduk di depan lubuk ketam?

Selera ye makannya? Alhamdulillah, terima kasih kepada yang menguruskan dan menyumbangkan.
Buka Puasa SCA & Baitulummah
oleh Kamal Arif Maz pada Sep.15, 2009, di Activities
Pihak Baitulummah ingin mengucapkan perhargaan kepada SCA, parent company yang telah menjemput kami ke majlis berbuka puasa bersama-sama di Penang Village, IOI Mall pada 11 September 2009.
Berikut adalah beberapa aksi yang sempat dirakamkan.

Pintu masuk restoren

Meja paling kecoh (Apahal???)

Antara yang datang awal. Boleh jadi contoh tauladan!

Tolong pass rokok tu. Aku nak standby buka puasa nanti.

Agak terkesima mendengar ucapan boss. Si isteri pun terpegun.

Bersemangat Sales Director SCA! Cayalah bro!

Ucapan dari wakil Baitulummah, En Ahmad kita.

Penghargaan pekerja cemerlang. Cuba tengok siapa yang posing lebih-lebih, yang memberi atau yang menerima?

Anugerah Sales Cemerlang, mencapai sasaran jualan Jun 2009. Begitu seronoknya cik abang!
Majlis Buka Puasa Rohaizad
oleh Kamal Arif Maz pada Sep.14, 2009, di Activities, Community
Ikhwan Baitulummah telah dijemput untuk majlis berbuka puasa di rumah Rohaizad di Putra Height pada 12 September 2009 yang lalu. Pihak Baitulummah mengucapkan terima kasih atas jemputan tersebut dan mengucapkan terima kasih pada yang hadir.

Santai setelah selesai solat terawih

Tuan rumah sempat melayan para ibu

Generasi pemimpin akan datang
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
oleh Kamal Arif Maz pada Sep.13, 2009, di Activities
Kami dari Baitulummah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Harapan kami Ramadhan tahun ini dapat dilalui dengan penuh keinsafan. Kami juga mengharapkan kedatangan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran. Sambutlah hari raya ini dengan memuji-muji Allah.
Lafaz takbir Hari Raya sebagaimana yang di sebut dalam kitab-kitab fiqh ialah:

Ertinya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.”
Lafaz takbir tersebut disunatkan membaca sebanyak 3 kali. Disunatkan selepas bertakbir tiga kali itu membaca:


Ertinya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak, Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya), Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.”
Majlis Buka Puasa Baitulummah
oleh Kamal Arif Maz pada Sep.10, 2009, di Activities, Community
Pihak Baitulummah ingin mengucapkan terima kasih kepada ikhwan yang telah menjayakan majlis berbuka puasa yang lalu.
Terima kasih kepada Puan Sabariah dan Puan Rosinah yang telah menganjurkan majlis buka puasa di pejabat Baitulummah di Puchong pada 28 Aug 2009. Jamuan utama sup tulang memang enak sekali.
Terima kasih juga kepada En Shahrir yang telah menjemput ikhwan ke majlis berbuka puasa di rumahnya di Anggun Puri, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 5 Sept 2009 yang lalu.
Terima kasih juga kepada En Sifu Mirza yang telah menjemput ikhwan ke majlis berbuka puasa di rumahnya di Ulu Yam pada 6 Sept 2009 yang lalu. Resepi sup tulang juga begitu enak hingga menusuk tulang kesedapannya Pada hari tersebut juga umat Islam merayakan perayaan Nuzul Quran.

Rumah Shahrir: Barisan lelaki

Rumah Shahrir: Barisan wanita

Rumah Shahrir: Tight Shot