Baitulummah Society

Archive for May, 2009

Perjalanan Hidup

oleh Kamal Arif Maz pada May.29, 2009, di General, Motivasi

Saya ingin menarik perhatian pembaca dengan menyampaikan kata-kata nasihat dari orang-orang yang terdahulu dari kita.

Hidup ini mudah. Mudah bagi yang memahami. Tetapi tidak semudah yang disangka. Sudah tahu, janganlah di permudah-mudahkan.

Bagaimana kita hendak mendapatkan yang terbaik dalam hidup kita? Bagaimana kita hendak menjadi yang terbaik dalam hidup kita? Jawapannya ialah PENGURUSAN.

Untuk mendapatkan yang terbaik, kita harus pandai menguruskan masa. Pandai menguruskan masalah. Pandai menguruskan tanggungjawab keluarga. Pandai menguruskan tanggungjawab di tempat kerja. Pandai menguruskan tanggungjawab masyarakat. Dan lain-lain lagi. Semuanya sebenarnya adalah berkisar kepada bagaimana kita pandai menguruskan diri kita sendiri, barulah yang lain-lain akan mengikut dan menyusul. Jika sedemikan kita menguruskan diri kita, begitulah cara kita menguruskan yang lain-lain.

Untuk menjadi pengurus yang baik, kita perlu menjadi ketua. Ketua untuk diri sendiri dan ketua untuk yang lain. ”HablumminAllah, Hablumminannas”. Jika kita tidak menjadi ketua untuk diri sendiri, bagaimana kita hendak menguruskan masa dan tanggungjawab untuk diri kita. Bayangkan kita mendengar arahan dari orang lain untuk segala hal dalam hidup kita. Untuk ke tandas kena tanya orang lain. Untuk memilih kerja kena tanya orang lain. Untuk solat kena tanya orang lain. Untuk tidur kena tanya orang lain. Maka, porak porandalah hidup kita.

Bak kata mat saleh. A good leader is a good manager. A good manager does not necessarily make a good leader. Ketua yang baik adalah pengurus yang baik. Pengurus yang baik tidak semestinya seorang ketua yang baik. Ketua perlu berwawasan dan bertanggungjawab atas semua aspek kehidupan sedangkan pengurus bertanggungjawab pada aspek-aspek tertentu sahaja.

Maka, benarlah firman Allah:

Al-A’nam 6:165. dan Dia lah Yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya Yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa Yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan Sesungguhnya ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Yunus 10:14. kemudian Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka Yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan Yang kamu akan lakukan.

Ketua yang baik adalah ketua yang memahami. Fahamilah diri sendiri. Fahamilah orang-orang disekeliling kita. Fahamilah masalah-masalah yang ada. Fahamilah tugas-tugas yang ada. Fahamilah kenapa kita dilahirkan. Apa yang perlu kita capai dalam hidup kita secara keseluruhan. Jika kita faham dan mengerti, insyaallah, kita akan sentiasa berada dijalan yang benar.

Ringkasnya: Hidup adalah mengurus. Untuk mengurus, kita perlu memimpin diri. Untuk memimpin, kita perlu memahami.

Komen :, , , lagi...

Kelas Mengaji

oleh Kamal Arif Maz pada May.19, 2009, di Activities, Community

Baitulummah dengan kerjasama saudara Hj Ibrahim akan mengadakan kelas mengaji setiap Rabu 5 petang di pejabat Baitulummah di Puchong. Buat masa ini kelas ini terbuka hanya pada ahli yang terdekat dan yang mendaftar dengan Baitulummah.

Semoga kita semua mendapat sedikit sebanyak ilmu disepanjang kelas ini.

Komen : lagi...

Website & Forum Terbaru

oleh Kamal Arif Maz pada May.19, 2009, di Community

Untuk pengetahuan ahli-ahli sekelian, pihak Baitulummah telah memutuskan untuk menukar forum yang lama kepada forum yang baru yang berintegrasi dengan Wordpress, applikasi CMS yang digunapakai untuk website Baitulummah.

Sila klik disini untuk forum terbaru dan klik disini untuk forum yang lama. Forum yang lama akan ditamatkan operasinya pada 31 May 2009. Sila buat posting menggunakan forum yang baru.

Ini adalah bersesuaian dengan imej baru Baitulummah Society yang telah ditukar alamat operasinya dari www.baitulummah.com kepada www.baitulummah.org.

Harap maklum.

Komen : lagi...

Selamat Datang ke Baitulummah

oleh admin pada May.19, 2009, di Community

Selamat datang ke laman web Baitulummah .

Laman web ini diwujudkan bagi merealisasikan pewujudan jaringan yang mantap dari segi sahsiah, ilmu dan ekonomi ahli-ahli dan ummah secara keseluruhan.

Misi utama Baitulummah adalah:

  • Mempertingkatkan kefahaman diri di atas setiap ilmu yang sedia ada
  • Mempertingkatkan ilmu pengetahuan dari masa ke semasa
  • Menjana ekonomi menerusi perniagaan dalam sektor-sektor yang berkenaan

Dalam mencapai misi tersebut, empat dasar diperkenalkan di Baitulummah :

  • Mempunyai iktikad yang teguh dan padu dalam pembetulan diri dan ummah
  • Melaksanakan dengan ikhlas, jujur dan amanah setiap iktikad yang telah dinyatakan
  • Menerapkan percakapan yang benar, berpesan-pesan kepada ahli dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran
  • Menerapkan kesungguhan diri dalam setiap ibadah

Langkah awal yang diambil Baitulummah dalam mencapai misi tersebut, kami telah mewujudkan forum bagi kegunaan ahli-ahli dan orang ramai. Kami menggalakkan setiap yang datang untuk mendaftarkan diri ke dalam forum kami. Bagi sesiapa yang hendak melayari forum lama, sila klik di sini. Forum ini akan ditamatkan operasinya pada 31 May 2009.

Komen : lagi...

Mencari sesuatu?

Sila cari di bawah: