Baitulummah Society

Activities

BAITULUMMAH KEMBARA AIDILFITRI 1430H

oleh aRiL pada Oct.21, 2009, di Activities, Community

Salam Semua
Syukor Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan pada hujung minggu lepas (17 Oct dan 18 Oct 2009) dimana ikhwan-ikhwan Baitulummah serta keluarga masing-masing melaksanakan satu program ‘Kembara Aidil Fitri’… matlamat utamanya ialah merapatkan lagi jalinan siratturahim di kalangan ikhwan-ikhwan dan keluarga.. maka perjalanan yang memakan masa lebih 14 jam pada hari sabtu yang meliputi 7 rumah dan 6 jam pada hari ahad benar-benar mengimbau serta menghidupkan suasana ‘kampung’ dalam ukhwah Baitulummah.

Acara ini julung-julung kali diadakan bersama ikhwan-ikhwan Baitulummah. Program ini terbukti berjaya mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ikhwan dan keluarga semua. Walaupun agak penat dan kekenyangan, kegembiraan dan kemesraan tergambar diwajah  semua.

Ketika mengalami sedikit cabaran dalam mengekori dan mencari rumah ikhwan (maklumlah ada rumah ikhwan yang kali pertama diziarahi). Banyak juga yang dapat dikongsi dan dilaksanakan ilmu yang telah dipelajari dan difahami bersama keluarga. Dalam masa yang sama, ada ikhwan yang terharu gembira melihat kesudian ikhwan yang hadir tidak kira besar atau kecil, jauh atau dekat rumah ikhwan tersebut.

Sekelian keluarga juga dapat memanfaatkan peluang berkenalan lebih lanjut antara satu sama lain dan berdiskusi tentang ilmu dan kefahaman. Terima kasih diucapkan kepada para ikhwan yang terlibat dengan layanan teristimewa yang sentiasa akan diingat. Diharapkan acara sebegini dapat diteruskan di lain masa. Semoga Allah memberkati usaha ikhwan sekelian dan ikatan yang terjalin berkekalan hendakNya.

Sila tatap video dibawah untuk lebih lanjut:

Komen :, , lagi...

Buka Puasa & Mandi Sempena Menyambut Syawal

oleh Kamal Arif Maz pada Sep.16, 2009, di Activities, Community

15 September 2009 bersamaan 25 Ramadhan 1430 yang lalu menyaksikan majlis berbuka puasa terakhir Baitulummah di pejabat Puchong.

Majlis berbuka puasa dihadiri ikhwan dan jemputan. Selesai berbuka dan solat, ikhwan dapat mandi bunga yang telah disediakan awal-awal lagi. Mandi ini adalah bersempena menyambut Syawal yang sangat hampir. Masya’allah, nikmatnya air itu kena pada badan. Selesai mandi, ramai-ramai mengerjakan solat terawih dan akhir sekali, tazkirah Ramadhan.

Terima kasih bagi yang menguruskan majlis ini. Terima kasih yang menyumbangkan makanan, masa dan tenaga.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan.

Persiapan Bunga

Persiapan Bunga. Tujuh jenis bunga, tujuh biji limau nipis, tujuh biji limau purut dan air masjid.

Persiapan Bunga

Persiapan Bunga. Menggunakan bunga-bungaan yang serba wangi dan segar.

Bunga dah siap. Makanan dah terhidang. Tengok siapa yang tidak sabar menunggu?

Bunga dah siap. Makanan dah terhidang. Tengok siapa yang tidak sabar menunggu?

Akhirnya masa berbuka telah tiba. Tengok-tengok la sahabat sebelah tu...

Akhirnya masa berbuka telah tiba. Tengok-tengok la sahabat sebelah tu...

Makan ketam masak pedas, sitting style Jepun sikit. Masya'allah! Siapa yang duduk di depan lubuk ketam?

Makan ketam masak pedas, sitting style Jepun sikit. Masya'allah! Siapa yang duduk di depan lubuk ketam?

Selera ye makannya? Alhamdulillah, terima kasih kepada yang menguruskan dan menyumbangkan.

Selera ye makannya? Alhamdulillah, terima kasih kepada yang menguruskan dan menyumbangkan.

Komen : lagi...

Buka Puasa SCA & Baitulummah

oleh Kamal Arif Maz pada Sep.15, 2009, di Activities

Pihak Baitulummah ingin mengucapkan perhargaan kepada SCA, parent company yang telah menjemput kami ke majlis berbuka puasa bersama-sama di Penang Village, IOI Mall pada 11 September 2009.

Berikut adalah beberapa aksi yang sempat dirakamkan.

Entrance of the Restaurant

Pintu masuk restoren

Meja paling kecoh

Meja paling kecoh (Apahal???)

Antara yang datang awal. Boleh jadi contoh tauladan!

Antara yang datang awal. Boleh jadi contoh tauladan!

Tolong pass rokok tu. Aku nak standby buka puasa nanti.

Tolong pass rokok tu. Aku nak standby buka puasa nanti.

Agak terkesima mendengar. Si isteri pun terpegun.

Agak terkesima mendengar ucapan boss. Si isteri pun terpegun.

Bersemangat Sales Director SCA! Cayalah bro!

Bersemangat Sales Director SCA! Cayalah bro!

Ucapan dari wakil Baitulummah, En Ahmad kita.

Ucapan dari wakil Baitulummah, En Ahmad kita.

Penghargaan pekerja cemerlang. Cuba tengok siapa yang posing lebih-lebih, yang memberi atau yang menerima?

Penghargaan pekerja cemerlang. Cuba tengok siapa yang posing lebih-lebih, yang memberi atau yang menerima?

Anugerah Sales Cemerlang, mencapai sasaran jualan Jun 2009. Begitu seronoknya cik abang!

Anugerah Sales Cemerlang, mencapai sasaran jualan Jun 2009. Begitu seronoknya cik abang!

Komen : lagi...

Majlis Buka Puasa Rohaizad

oleh Kamal Arif Maz pada Sep.14, 2009, di Activities, Community

Ikhwan Baitulummah telah dijemput untuk majlis berbuka puasa di rumah Rohaizad di Putra Height pada 12 September 2009 yang lalu. Pihak Baitulummah mengucapkan terima kasih atas jemputan tersebut dan mengucapkan terima kasih pada yang hadir.

Santai setelah selesai solat terawih

Santai setelah selesai solat terawih

Tuan rumah sempat melayan para ibu

Tuan rumah sempat melayan para ibu

Generasi pemimpin akan datang

Generasi pemimpin akan datang

Komen : lagi...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

oleh Kamal Arif Maz pada Sep.13, 2009, di Activities

Kami dari Baitulummah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Harapan kami Ramadhan tahun ini dapat dilalui dengan penuh keinsafan. Kami juga mengharapkan kedatangan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran. Sambutlah hari raya ini dengan memuji-muji Allah.

Lafaz takbir Hari Raya sebagaimana yang di sebut dalam kitab-kitab fiqh ialah:

Takbir Raya

Ertinya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.”

Lafaz takbir tersebut disunatkan membaca sebanyak 3 kali. Disunatkan selepas bertakbir tiga kali itu membaca:

Takbir Raya

Ertinya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak, Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya), Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.”

Komen : lagi...

Mencari sesuatu?

Sila cari di bawah: